CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 15, 2011

berBAHAGIA di B.I.G Fasa 2

Tarikh    : 14 Julai 2011
Hari       : Khamis
Masa     : 0800-1230
Tempat  : SK Bahagia, Tawau


Alhamdulillah, kami telah selesai berBIG semester nie. Untuk Sem nie, kami ditugaskan untuk buat khidmat pendidikan kat sekolah. jadi, sekolah yang telah kami pilih ialah SK Bahagia seperti yang telah dinyatakan di atas. Disebabkan batch kami PISMP Januari 2011 mempunyai tersangat ramai ahli, maka, kami tidak boleh pergi sekaligus tau. kena pergi berperingkat-peringkat.. Untuk itu, kami PISMP PML telah bergabung dengan PISMP PRA bagi menjayakan program ini.


Antara aktiviti yang telah kami jalankan bersama murid-murid tahun 3 di sana adalah :-

1) Miror Master diketuai oleh Nicholas Amid aka Kulas aka Bom2..
2) Big City Adventure+Jangan putuskan saya diketuai oleh Jie dan Zue
3) Lets Move diketuai oleh Imah
4) Protect The King diketuai oleh Olive n Lyza
5) Literasi Bahasa diketuai oleh Nino n Zack
6) Asimilasi Teka Benda diketuai oleh Sabri


Aktiviti tersebut dijalankan di luar bilik darjah berasaskan pembelajaran sambil bermain. Apa yang membanggakan kami adalah semua pelajar telah menunjukkan minat dan kesungguhan dalam setiap aktiviti yang dijalankan walaupun masing-masing telah keletihan. 

Akhir sekali, diharap aktiviti ini dapat memberikan banyak manfaat terhadap diri kami serta murid-murid SK Bahagia. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat pihak pentadbiran SK Bahagia kerana telah menerima kami dengan baik. Rangkaian kemaafan disusun andai terdapat salah dan silap sepanjang kami di sana.

Sekian, Terima Kasih.



No comments:

Post a Comment

Labels