CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 10, 2012

Penghujung Kisah Sem 3

wah...wah dah nak habis dah sem 3 kan.. makin senior la kita di ip ni... hanya ada dua minggu untuk semua bercuti selepas mengikuti sesi kuliah yang memerlukan otak di perah dan jari jemari menari hebat di badan papan kekunci untuk menyiapkan tugasan yang datang bagai ribut taufan. Tapi syukur kerana semua warga pml-ians mampu untuk mengharungi taufan walaupun peritnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Tidak terasa ya..hampir 3 tahun kita bersama menongkah arus demi mendapatkan kejayaan yang mutlak! Tidak dinafikan banyak perkara yang telah berlaku dan memenuhi kotak memori kita walaupun bukan semuanya manis tapi itulah kehidupan. Setiap 21 manusia yang menjadi warga pml-ians ini mempunyai personaliti yang pelbagai dan personaliti inilah yang telah mencorakkan perjalanan kita di sini. Apa yang pincang dalam diri masing-masing sama-sama lah kita mengubahnya dan jangan pernah mencari kesalahan serta kepincangan satu sama lain kerana sedarilah kita bukan sesempurna mana pun untuk memandang rendah orang lain.

Apa-apa pun.. Selamat menduduki ujian wahai warga pml-ians sekalian.. sama-sama lah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Good Luck! and Happy Holiday in advance! 

Labels